3 Tips Sebelum Memulakan Perjalanan Pulang Ke Kampung

raya bus

Bila hendak pulang ke kampung, mesti anda terbayangkan kesesakan jalan raya, tandas di R&R dan juga pemandangan ladang kelapa sawit di sepanjang lebuhraya. Oleh itu, bagi memastikan perjalanan pulang ke kampung adalah selamat, anda perlu mendapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan sebelum pulang berhari raya:

cat sleeping

1. KEMAS (DE-CLUTTER)   

Keadaan rumah atau bilik tidur kita yang berselerak, boleh memeningkan kepala. Apa kata, anda bersihkan sebarang barang-barang yang melibatkan kerja-kerja pejabat, kertas-kertas kerja dan susun semula buku atau majalah yang bertaburan serta menyimpan baju-baju yang bersepah di lantai di dalam almari.

smartphone off

2. DISCONNECT

Kita sering menggunakan telefon atau ipad sebelum tidur, kan? Tahukah anda, cahaya daripada gajet-gajet tersebut boleh menyebabkan anda untuk lebih sukar tidur? Kurangkan penggunaan gajet-gajet dan gantikan dengan membaca buku, melakukan regangan badan atau melukis gambar-gambar makanan yang anda idamkan. Hmmm, sedap!

socks car

3. SARUNG KAKI (WRAP UP)

Jika anda ingin tidur dengan cepat, anda hanya perlu menggunakan sarung kaki. Kedengaran pelik, bukan? Dengan memakai sarung kaki ketika tidur, ia dapat membantu mengawal suhu badan dan ini akan membolehkan anda untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Tidur lebih nyenyak atas tilam sonno. Dapatkan wang kembali sepenuhnya jika anda tidak puas hati selepas 100 malam. Layari sleepsonno.com